Wednesday, April 20, 2011

Renovating Blog Mr X.

assalammualaikum..

hehehe.. seperti mana yang korang tengok, blog mrx da pun berwajah baru, dengan menukar layout yang lebih simple dan dengan menambah bloh header yang penuh dengan monster2 yang ntah dari mana datang ntah. tibe2 muncul monster plak, mengarut betul la mrx ni kan.

harap bagi sesiapa yang masuk blog mrx ni, boleh la kiranya komen tentang penambahbaikan dalam blog mrx ni, mana tau boleh jadi blog sehebat ben ashaari ke, tak pun macam blog2 yang lain yang da otai2 ni kan hehhe.. tapi yang pasti, walaupun blog da berubah wajah, tapi isi dalam tetap sama denga content2 yang boleh menyentuh jiwa, meleleh2 air liur dan sebagainya yang korang nak hahaha..

agak lama juga la nak renovate blog mrx ni. yang agak menyusahkan adalah header tu la. maklum la, mrx ni tak berapa pandai nak guna adobe photoshop n all the thing tu hehehe.. so tu la yang menjadi halangan kepada mrx untuk membuat header. terkial2 macam? hah korang la jawab yerk. hehe..

kalau nak dikira hitung masa, ada la dalam 3 jam juga la nak wat header tu, baru header, belum buat blog dan layout lagi hehe.. ok la kan bagi mrx yang masih beginner ni kan. apa2 pun, bagi otai2 yang rasa nak komen, dipersilakan, kalau nak bagi tujuk ajar lagi bagus, mrx suka hahaha.. hah ok la, sampai sini saja mrx berceloteh, nanti ada masa mrx update blog ok hehhee..

ok salam sayang dari mrx hehee.. assalammualaikum..

Mr X: belum expert lagi dalam blogging ni.. harap semua boleh bagi tujuk ajar ok? hehe...

Monday, April 18, 2011

Hah Ituuuuuuuuuuuuu Dia....

assalammualaikum..


hah setelah sekian lama mrx tak update blog, akhirnye terjenguk juga la blog mrx ni. maklum la, bz sikit lately sebab tu payah sikit nak update blog. ni update pun sebab mrx tengah cuti, hari ni cuti hahaha tapi bagi orang perak jew la, orang negeri lain bekerja macam biasa. eh jap2, macam ada orang tanya.. sebab apa cuti? hahahahaha.. sebab hari ni hari keputeraan sultan perak. so wajib cuti tu, kalau tak cuti sultan murka nanti hehe..

hah mrx tau ramai yang tunggu mrx update blog kan. (ramai la sangat!! haha). ni mrx update ni, hah puas ati korang hahahhaa.. tiba2 marah, gila apa mrx ni haha.. tak2.. saja je nak wat havoc hehe..


pertama sekali mrx nk ucapkan tahniah kepada semua barisan kepimpinan Barisan Nasional kerana telah menang di pilihanraya negeri sarawak tempoh hari walaupun dengan jumlah kemenangan yang sedikit kalau nak dibanding dengan sidang yang lepas.

ini menunjukkan rakyat sekarang sudah pandai memilih pemimpin yang dirasakan boleh menjaga kebajikan mereka. ingat semua barisan kepimpinan Barisan Nasional, anda da ada pesaing sekarang disarawak. sarawak bukan lagi kubu kuat BN, maka BN kena lebih bekerja keras untuk memenangi hati hati rakyat supaya rakyat terus menyokong kepimpimpinan BN.

ingat BN, jangan terlalu selesa dengan kemenangan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin. sebagai pemimpin, kita sebenarnya adalah hamba kepada rakyat, kita mesti mengikut kemahuan rakyat, bukan kemahuan sendiri. kalau itu yang berlaku dalam kepimpinan kita insyaallah sistem kepimpinan kita aka jadi lebih kukuh.

mrx menulis bukan atas dasar mrx pro kerajaan atau mrx pro pembangkang, mrx ni tak pro mana2, mana yang baik mrx sokong, mana yang salah mrx bangkang. tu prinsip mrx. mrx menulis ni sebab mrx sendiri nampak kepincangan dalam kepimpinan kita.

waaaaaa.... bercerita pasal politik la pulak hahaha.. bukan apa, politik ni penting dalam hidup kita. semua yang kita lakukan dalam hidup ni tak boleh lari daripada politik. so sedarlah, sebenarnya politik itu sangat penting, cuma bagaimana kita melaksanakannya tu yang perlu di ambil kira. hehehe..

ok la cukup la sampai sini mrx membebel haha.. nanti ada masa lagi mrx membebel lagi ok? korang nak sangat mrx membebel, hah HAMBIK KAU!!!!  hahahhaa.. ok, anyway thanx bagi sesiapa yang membaca dan mem'follow mrx k? salam sayang dari mrx untuk korang semua hehehe.. assalammualaikum...

Mr X: kat tempat mrx tu, jalan pon berlopak2.. YB wat dono je.. huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top