Friday, September 23, 2011

[Lirik] Bunkface - Panik

Bunkface - Panik



Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi
Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia sudah bersedia

Thursday, August 11, 2011

[Tutorial] Macam Mana Nak Letak Comment Box Facebook Kat Blog



assalammualaikum..

hah kali ni mrx nak bantu kawan2 yang tak tau macam mana nak letak comment box facebook kat blog dorang. mrx ni pon bukan pandai sangat, tapi just nak membantu juga la kat kawan2 semua kan. korang tau ke camne rupe comment box fb tu. kalo nak tau contoh die, korang tengok kat comment box blog mrx ni, mrx baru je buat. mrx nak ajar, mrx pon baru belajar kan, so sebagai penghargaan mrx buat mamat yang ajar mrx ni, mrx link kan la korang kat blog die je yerk. sebab dia lagi pakar dari mrx. mrx ni pakar gak, tapi pakar merapu la hehe.. ok korang boleh pergi kat link ni.


hah pandai2 korang la tuntut ilmu dari dia yerk?

selamat mencuba hehe..

MrX: hehe.. mrx nk minta maaf sebab tak de masa nak buat tutorial, memandangkan mrx ni masih baru dalam blogging ni hehe..

Tuesday, August 9, 2011

Safee Sali Bakal Beraksi di Bundesliga.

assalammualaikum..

hah amacam? terperanjat ke? hah jangan tak percaya pulak, safee sali akan beraksi di bundesliga tu. mrx dengar pon macam tak percaya. dasat dah permain malaysia ni kan.. apa2 pun korang layan la video yang mrx attach ni ok? HIDUP HARIMAU MALAYA!!!..

apa-apa pun semoga berjaya kepada semua pemain bolasepak malaysia, walau apa pun yang terjadi rakyat malaysia tetap menyokong anda semua.. MALAYSIA BOLEH!!! HARIMAU MALAYA BOLEH!!












MrX: hehehe.. nak juga tu mrx ngan robocat posing ngan jersi malaysia hehehehe..

Wednesday, April 20, 2011

Renovating Blog Mr X.

assalammualaikum..

hehehe.. seperti mana yang korang tengok, blog mrx da pun berwajah baru, dengan menukar layout yang lebih simple dan dengan menambah bloh header yang penuh dengan monster2 yang ntah dari mana datang ntah. tibe2 muncul monster plak, mengarut betul la mrx ni kan.

harap bagi sesiapa yang masuk blog mrx ni, boleh la kiranya komen tentang penambahbaikan dalam blog mrx ni, mana tau boleh jadi blog sehebat ben ashaari ke, tak pun macam blog2 yang lain yang da otai2 ni kan hehhe.. tapi yang pasti, walaupun blog da berubah wajah, tapi isi dalam tetap sama denga content2 yang boleh menyentuh jiwa, meleleh2 air liur dan sebagainya yang korang nak hahaha..

agak lama juga la nak renovate blog mrx ni. yang agak menyusahkan adalah header tu la. maklum la, mrx ni tak berapa pandai nak guna adobe photoshop n all the thing tu hehehe.. so tu la yang menjadi halangan kepada mrx untuk membuat header. terkial2 macam? hah korang la jawab yerk. hehe..

kalau nak dikira hitung masa, ada la dalam 3 jam juga la nak wat header tu, baru header, belum buat blog dan layout lagi hehe.. ok la kan bagi mrx yang masih beginner ni kan. apa2 pun, bagi otai2 yang rasa nak komen, dipersilakan, kalau nak bagi tujuk ajar lagi bagus, mrx suka hahaha.. hah ok la, sampai sini saja mrx berceloteh, nanti ada masa mrx update blog ok hehhee..

ok salam sayang dari mrx hehee.. assalammualaikum..

Mr X: belum expert lagi dalam blogging ni.. harap semua boleh bagi tujuk ajar ok? hehe...

Monday, April 18, 2011

Hah Ituuuuuuuuuuuuu Dia....

assalammualaikum..


hah setelah sekian lama mrx tak update blog, akhirnye terjenguk juga la blog mrx ni. maklum la, bz sikit lately sebab tu payah sikit nak update blog. ni update pun sebab mrx tengah cuti, hari ni cuti hahaha tapi bagi orang perak jew la, orang negeri lain bekerja macam biasa. eh jap2, macam ada orang tanya.. sebab apa cuti? hahahahaha.. sebab hari ni hari keputeraan sultan perak. so wajib cuti tu, kalau tak cuti sultan murka nanti hehe..

hah mrx tau ramai yang tunggu mrx update blog kan. (ramai la sangat!! haha). ni mrx update ni, hah puas ati korang hahahhaa.. tiba2 marah, gila apa mrx ni haha.. tak2.. saja je nak wat havoc hehe..


pertama sekali mrx nk ucapkan tahniah kepada semua barisan kepimpinan Barisan Nasional kerana telah menang di pilihanraya negeri sarawak tempoh hari walaupun dengan jumlah kemenangan yang sedikit kalau nak dibanding dengan sidang yang lepas.

ini menunjukkan rakyat sekarang sudah pandai memilih pemimpin yang dirasakan boleh menjaga kebajikan mereka. ingat semua barisan kepimpinan Barisan Nasional, anda da ada pesaing sekarang disarawak. sarawak bukan lagi kubu kuat BN, maka BN kena lebih bekerja keras untuk memenangi hati hati rakyat supaya rakyat terus menyokong kepimpimpinan BN.

ingat BN, jangan terlalu selesa dengan kemenangan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin. sebagai pemimpin, kita sebenarnya adalah hamba kepada rakyat, kita mesti mengikut kemahuan rakyat, bukan kemahuan sendiri. kalau itu yang berlaku dalam kepimpinan kita insyaallah sistem kepimpinan kita aka jadi lebih kukuh.

mrx menulis bukan atas dasar mrx pro kerajaan atau mrx pro pembangkang, mrx ni tak pro mana2, mana yang baik mrx sokong, mana yang salah mrx bangkang. tu prinsip mrx. mrx menulis ni sebab mrx sendiri nampak kepincangan dalam kepimpinan kita.

waaaaaa.... bercerita pasal politik la pulak hahaha.. bukan apa, politik ni penting dalam hidup kita. semua yang kita lakukan dalam hidup ni tak boleh lari daripada politik. so sedarlah, sebenarnya politik itu sangat penting, cuma bagaimana kita melaksanakannya tu yang perlu di ambil kira. hehehe..

ok la cukup la sampai sini mrx membebel haha.. nanti ada masa lagi mrx membebel lagi ok? korang nak sangat mrx membebel, hah HAMBIK KAU!!!!  hahahhaa.. ok, anyway thanx bagi sesiapa yang membaca dan mem'follow mrx k? salam sayang dari mrx untuk korang semua hehehe.. assalammualaikum...

Mr X: kat tempat mrx tu, jalan pon berlopak2.. YB wat dono je.. huhuhu...

Monday, February 28, 2011

Bengang Aku Macam Ni..

assalammualaikum..

kenapa mrx bengang? korang tau ke? mesti tak tau kan? hampeh gak mrx ni, bajet semua blogger ni boleh kenal dengan mrx hahaha.. bajet semua blogger ni ahli nujum boleh teka apa mrx rasa. nak kata bengang tu tak la sangat, tapi ada la sikit bengang tu.. (apakah struktur ayat ini? haha..) bukan apa pun, mrx bengang dengan sorang mamat ni, bajet die macam betul semua. asal buat benda salah je nak hangin, men badminton bola asik sangkut kat net, raket dipatahkan. rumah blackout pun nak bising. tension la aku macam ni, bajet macam bagus la pulak kan haha..

 bengang mrx kat mamat tu sama macam mrx
bengang kat lin dan ni.. terer bebenor..

amboi marah betul mrx ni kan. tak da la marah sangat, tapi ada la sikit2 marah tu (apakah struktur ayat ini lagi? haha..) ni ada satu lagi benda. semalam, mrx dengan dia pergi kuala kangsar. kami bertiga, sorang lagi tu kawan mrx. mrx dengan orang yang mrx cakap tu jadi penumpang je, yang sorang lagi tu yang drive. masa tu pagi kan, so perot ni macam biasa la pagi2, lapor huhuhu.. so kami pun singgah la di sebuah kedai. masa tu nak parking kereta.

so mrx ni dengan gatal mulut pun suggest la tempat parking baik punyer, redup. tapi tempat parking yang mrx cakap tu dekat sikit dengan customer. ala tak efek apa2 pun kalau parking kat situ. lepas tu, mamat yang mrx cakap tu boleh pulak kata "ish ko ni, parking kat sebelah orang, cari la tempat lain". what the hell!!!!.. apa masalah kalau parking situ. dulu dia gak cakap, pedulikan apa orang kata, tak payah pikir pasal orang, pikir pasal diri sendiri. last2 sampai situasinye boleh pulak jadi macam tu. cakap tak serupa bikin.

mrx ni mulut agak celupar sikit la kan. so mrx cakap la, tak payah pikir pasal orang bro, pikir pasal diri sendiri je bro. pastu die hangin pulak. what the F**K. perrghhh bengang betul mrx ni. rasa macam nak hantuk kepala dia kat cermin kereta. sebelum ni cakap bukan main best lagi, last2 dia pulak macam tu. macam hampeh. *&&^&^*^%$#@@!@#$^*(((*^%.. bengang sungguh ehhh.. huhhuhuhu..

Mr X: nsib la mrx ni orang penyabar kan hehehe..

Monday, February 21, 2011

Serabut La Kau!!!

assalammualaikum...

arrrrgggghhhh.... marah btol la mrx dengan kau ni. tension.. tension.. tension!!! kenapa la ada orang macam kau kan? mrx ni da rase tension, kau tak pula rasa tension kan? pelik.. pelik.. pelik.. huhuhuhu.. uit, marah betol mrx ni hahaha.. entah la, tak tau da nak cakap apa kat dia ni.

bukan apa, mrx bukan marah blogger2 semua, sebahagian je yang mrx hangin. pasal blog la kan. pelik la mrx, dorang ni suke sangat letak widget yang mengarut2 ni. wat berat blog tau tak. mrx cadang buang je widget tu, tak datang untung pun, memang la cun, tapi cun pun tak guna kalau lembab nk loading. wat orang menyampah la pulak. baik mrx nak masuk, tibe2 terus je tekan pangkah. kan ke rugi korang macam tu kan?

 nora danish tak ada kene mengena dalam entri ni hahaha

len kali korang letak je widget yang penting contohnya chatbox, followers, page counting. kalau jam tu tak payah kot, kat laptop ada jam. kalau yang kaya tu, kat tangan entah2 ada 20 jam tangan, tak kira jam dinding lagi. so tak payah la letak ok? hehehe.. ni nasihat dari mrx. (walaupun bukan otai tapi tak salah bagi nasihat kan? hehe..)

so kepada anda yang terasa dengan entri mrx kali ni, pikir2 kan la semula ye. mrx bukan nak hentam blog korang, malah mrx dah bantu korang macam mana nak dapatkan lebih banyak trafik. kelajuan blog korang juga salah satu faktor pembaca nak masuk blog korang, walaupun cantik tapi kalau nak masuk blog pun makan masa sejam, baik la korang buang je hasrat nak jadi popular macam Miss Lolly kite tu. cuba tengok blog dia, simple, kemas, pantas. bak kata sam bunkface, LAJU DOHHHHH!!! hahaha.. ingat tu kawan2 semua yerk? hahaha..

Mr X: kalau terjumpa blog yang lembab, tekan je butang pangkah. senang cerita huhuhuhu..

Saturday, February 19, 2011

Best Sangat Ke Jadi Artis Ni?

assalammualaikum..

selamat kembali ke blog mrx. disebabkan mrx free hari ni, so dengan suka citanya mrx boleh meng'update blog mrx ni banyak2. yela sementara ada masa, bila da tak de masa kang baru la terkial2 nak cari time nak update blog kan. mrx berani confirm korang pun macam tu juga kan? huhuhuhu..

untuk entri mrx kali ni, agak kontroversi sikit tajuknya. tapi apa mrx peduli, ni blog mrx suka hati la nak tulis apa pun. bukan kacau periuk nasi orang pun kan? hehehe.. bukan apa, mrx tengok sekarang ramai sangat anak-anak muda ni berlumba2 nak jadi artis. kalau korang pergi tengok ujibakat af ke, raja lawak ke, memang ramai gila la. sanggup beratur dari awal pagi tu. apa korang ingat jadi artis ni senang ke? banyak yang menyusahkan dari menyenangkan.

mrx bukan apa, walaupun mrx tak pernah rasa jadi artis, tapi mrx tau yang jadi artis ni memang menyusahkan. bila korang da jadi artis ni kan, korang da jadi public figure. segala aktiviti korang orang akan perhatikan. nak ke macam tu? beli barang2 kat chow kit, kat petaling street pun orang boleh wat cerita. cakap artis tak da duit beli barang murah. perlu ke nak beli barang mahal2 bila da jadi artis? tak perlu kot. rilex2 sudeh.

lepas tu bila korang ada boyfriend/girlfriend semua orang nak tau. tak de privacy langsung. kalau boleh agaknye, korang nak berak pun diorang nak buat live telecast kan hahahaha.. memang menyusahkan. lagi satu, jadi artis ni lebih kurang cam jadi superhero la, ramai yang suka dan ramai juga la yang tak suka nanti. kita tegur peminat pun jadi salah, tak tegur dikatakan sombong, dah tu nak buat macam mana tu? tak paham betul la mrx ni.

wartawan jangan cakap la, selagi boleh dia nak korek rahsia pasal artis tu. sama ada cerita yang baik mahupun cerita yang jahat. sudah2 lah nak menceritakan aib orang, jangan sampai aib dorang pula yang terkeluar nanti. time tu baru la nak melentingkan. nasihat mrx, jadi lah seperti anda sekarang, hidup sebagai artis ni banyak yang duka dari suka. percaya la cakap mrx ni hehehe..

Mr X: artis pakai baju bundle pun orang boleh buat cerita, pelik betol manusia ni kan?

Friday, February 18, 2011

Pagi Sabtu Yang Menggembirakan..

assalammualaikum..

hai blogger2 sekalian. waaaaa.. tajuk betul2 mlambangkan yang mrx tengah bergembira sekarang. mana tidak, sebab hari ni mrx tak kerja. boleh tidur dengan sepuas hati mrx hahaha.. (kuat tido rupanya). bukan apa, sepatutnya hari ni kerja, tapi entah kenapa staf kata hari ni tak kerja pula. so apa lagi, jangan tanya banyak la kan, sebelum boss berubah fikiran hahaha..

bila da tak kerja ni kan, boleh la mrx berblogwalking di pagi hari. bangun2 tido terus bukak laptop then jenguk blog hehehe.. blog baru, tak la ramai sangat yang jenguk blog mrx ni, tapi ada la orang jenguk. kira ok la tu bagi pendatang baru macam mrx ni kan. banyak juga la blog yang mrx lawat pagi ni. cuma mrx nk mintak pendapat blogger2 la, mana lagi site yang mengumpul blog2 best ek? hehehe.. yang mrx tau gengblogger je la. sebab mrx selalu lepak kat situ baca blog orang. ada lagi ke site macam gengblogger 2 ek? hehe..

nak la juga jenguk blog2 terkenal cam kujie, ben ashaari, lolly and macam2 lagi hehehe.. mesti seronok jadi macam dorang. popular hahaha.. mrx ni ntah la, esok2 popular la agaknya kan? hahaha.. kalau nak mrx popular, kena la jenguk selalu blog mrx ni. (nak jenguk macam mana, entri pun ntah pape hahaha).

ok la, nak sambung blogwalking plak ni hehee.. tunggu kepada blogger sekalian, mrx akan terjah blog korang hahahaha.. watch out hahaha..

Mr X: makan nugget tempura pagi2.. sedap juga ni dengan kopi panas hahaha..

Anwar Hadi? Siapa Dia Tu?

assalammualaikum..

hah entri kali ni mrx nak bercerita pasal anwar hadi. siapa tu? adik anwar ibrahim ke? oh no.. no.. no.. hehehe.. setakat ni dia tak de kes liwat orang lagi ok. (setakat ni la, lepas ni tak tau la kot.. hahahaha..) hah, mesti ramai yang da kenal dengan anwar hadi ni kan? die bukan la selebriti macam ana raffali ke, or black mentor mahupun hafiz af. tapi populariti dia ada le lebih kurang cam dorang tu juga. sebab mrx tengok channel dia tu memang dah ramai yang tengok. dahsyat juga budak anwar ni.

ok2.. kalau korang nak tau, anwar hadi ni antara vlogger yang berjaya membuat mrx tertarik terhadap vlog dia. memang sempoi la, isu yang dia bawa pun memang isu semasa dan membawa mesej yang positif terutama bagi mereka yang suka kat dia. (maklum la, muka hansem) hahaha.. bagi minah2 yang gatai nak mengorat en anwar hadi ni, pastikan anda fasih berbahasa inggeris sebab mrx tengok video2 dia, memang bahasa inggeris dia dahsyat tol. da macam mat salleh da mrx tengok. bagi yang berminat nak usha anwar hadi ni, boleh la klik link ini : IniAnwarHadi.

memang menarik betol la. ok la bagi yang malas nak pergi channel anwar hadi, korang boleh la tengok celoteh en anwar hadi yang budak2 perempuan kata dia comel ni dalam blog mrx. hope korang enjoy dengan celoteh yang penuh mesej oleh anwar hadi ni ok?

Mr X: nak buat macam anwar hadi ni, tapi muka tak cukup handsome ar hahahahaha..

Bila Aku Sudah Bosan..

assalammualaikum..

hai semua blogger seluruh malaysia mahupun seluruh dunia. (bagi yang paham bahasa melayu la hehe). saja je nak buat entri, tak nak bagi blog mrx ni bersarang dengan sarang labah2 dan sebagainya. maklum la, bila da setat praktikal ni, memang banyak kerja nak dibuat. sampai nak jenguk blog pun tak de masa. ni kira ada masa lapang ni kan, so update la sikit2 blog mrx ni hehehe..

saja nak kongsi pengalaman berpraktikal ni. setakat ni aku da berpraktikal selama 3 minggu, maknanya ada lagi  11 minggu lagi untuk aku bergelar graduan hehehe.. tak sabar weyh, lambat je rasa tapi seronok praktikal ni, tempat praktikal pun syok, staf2 semua happening gitu. hahaha.. cabaran tu memang ada la, memang tak di nafi kan. tapi bagus la kan, cabaran tu yang mrx nak tu.

rupa2nya banyak juga la benda yang mrx tak tau dalam dunia pekerjaan ni. bekerja bukan setakat kita fokus pada kerja kita je, kemasyarakatan pun kena ada juga. jangan nanti orang kata kita sombong pula, yela baru praktikal tapi da wat berlagak macam da lama kerja kan. hehehe.. tapi setakat ni belum ada yang sakit hati or bengang dengan mrx la. (mungkin mrx ni baik kot.. hahaha). harap2 berkekalan la sampai alam pekerjaan yang sebenar kan.

banyak juga kawan2 mrx yang berpraktikal sama dengan mrx ni tension. sebab staf2 tak nak bagi kerjasama yang sepatutnya kat dorang. mungkin dorang tak memulakan peringkat pembinaan hubungan tu dengan baik kot. mrx mse stat2 praktikal da duk lepak dengan boss da hahaha.. (bukan bodek tau haha..). bukan apa, mrx just nak merapatkan hubungan dengan orang atasan, dengan staf2 lain. so next time senang la mrx nak berkerjasama dengan dorang. tak la pening pale otak mrx ni hahahaha..

apa2 pun, mrx ucapkan gudluck kepada semua kawan2 mrx yang sedang berpraktikal sekarang, semoga dapat berpraktikal dengan baik. jangan tension pula. biasa la, kerja apa yang tak tension. semua kerja tension, jadi pelacur pun tension walaupun sedap. (opssss.. terover pulak hahaha..). kalau tension juga, cuba2 la wat solat ke, men badminton ke.. asalkan tension tu hilang hehehe..

Mr X: kalau tension, pergi tepi pantai dengar ombak laut. bukan pergi panjat bangunan lepas tu terjun hehehehe...

Sunday, February 6, 2011

Video Pertama Sekali Di Upload Di Youtube?


assalammualaikum..

korang tau ke video yang pertama sekali di upload dalam youtube? mesti ada yang tau kan? dan mesti juga la ada yang tak tau. mcm mrx la tadi, ni baru tau huhuhuhu.. da terlambat agaknya tapi mrx peduli apa, mrx nak gak post entri pasal video kat youtube ni hahaha.. video yang pertama sekali di rakam adalah pada tahun 2005 iaitu pada tarikh 23 april 2005. video yang diupload oleh seorang yang bernama jawa jawed. videonya pendek je, 18 saat je, tapi sudah cukup untuk mencatat nama sebagai orang yang pertama sekali upload video dalam youtube.

kadang2 kita bukan tau sangat pasal benda2 sejarah ni kan hehhee.. yang kita tau bukak youtube pastu da boleh tengok video dalam tu. video yang pertama tak tau pula siapa yang punya. buat masa sekarang ni, video tu dah dilihat seramai 4,229,815 orang seluruh dunia. bukan panjang sangat pun video nya, pendek je.. tapi ramai yang tengok sebab die video yang pertama. tajuknya "me at zoo" hehehee.. LOL.. punya la gempak, video yang pertama di upload, tapi cerita pasal zoo je? hahaha.. apa2 je la..

ni video die kalau korang nak tengok la hehehhee...



Mr.X: hahahahaha.. hah amacam? best tak video die? hehehe..

Ikon Serabut? Jom Tengok...

assalamualaikum..

hah untuk entri kali ni, mrx akan tunjuk kat korang contoh2 susunan ikon desktop yang cun melecun dan cool giler hehehe.. ye la, da bosan tengok ikon yang tersusun cantik, pew salahnya ubah sikit hahaha.. nampak la kreatif sikit, baru la semangat nak bukak laptop hehehe.. so kat bawah ni mrx sediakan contoh2 gambar desktop yang cun melecun 2 hehehhe.. enjoy!!!















hehehe.. amacam? kreatif kan? hehehhee.. pasni korang boleh la jadikan idea2 ni sebagai pencetus kreativiti korang hehehe.. mrx pun wat juga tapi tak la secantik gambar2 ni hehehe.. hope korang enjoy dengan apa yang mrx sampaikan dalam entri kali ni hehehe..

Mr. X: hehehe.. bagus ni, pasni nak buat yang gempak punya lah hehehe..

Saturday, February 5, 2011

10 Trivia Yang Korang Patut Tau..

assalamualaikum..

untuk entri kali ni, aku akan bagi tau satu rahsia yang mungkin korang tak tau pasal dunia hiburan antarabangsa. mungkin dalam kalangan korang yang nak sangat tau apa yang menarik untuk dikongsi mengenai dunia hiburan hehehe.. so baca entri mrx kali ni untuk mengetahui apa yang menarik tu hehehe...

1) Pelakon Jayne Mansfield secara tidak sengaja mengeluarkan payudara keluar dari gaunnya sepanjang siaran langsung Academy Awards pada tahun 1957.

2) "Billie Jean" by Michael Jackson adalah video pertama ke udara di MTV oleh artis hitam.

3) Disneyland dibuka pada tahun 1955.

4) Elvis Presley membuat penampilan perdananya di televisyen nasional pada tahun 1956. Dia menyanyikan lagu Blue Suede Shoes dan Heartbreak Hotel di "The Dorsey Brothers Show."

5) Lagu "Happy Birthday to You" pada awalnya ditulis oleh saudara Mildred dan Patty Hill sebagai "Good Morning untuk anda." Kata-kata itu di ubah dan diterbitkan pada tahun 1935

6)  Karaoke bermaksud "orkes kosong" dalam bahasa Bahasa Jepun, dan mesin karaoke direka awalnya untuk menyediakan trek sokongan untuk pemain kabaret solo.

7) Ketika Bugs Bunny pertama kali muncul pada tahun 1935, ia dipanggil Rabbit Happy.

8) Mickey Mouse dikenali sebagai 'Topolino' di Itali.

9) Walaupun telah berpecah, The Beatles terus menjual rakaman album lebih banyak setiap tahun jika dibandingkan dengan  Rolling Stones.

10) Donald Duck tinggal di Webfoot Walk, Kota Duck, Calisota pada tahun 1313.


hehhee.. tu la dia fakta menarik yang dapat dikongsikan dengan korang semua, at least korang dapat la nak bercerita dengan oran lain nanti dan boleh la menimba ilmu serta pengetahuan hehehe..

Mr.X: suka la trivia ni, macam2 yang tak tau tibe2 jadi tau huhuhuhuhu...

Praktikal oh Praktikal..





assalammualaikum..


waaaaaa... esok bermula la kerjaya aku sebagai seorang cikgu huhuhuhu.. rasa seronok ada, rasa takut pun ade juga. harap semua berjalan lancar. bukan apa, aku bukan takut apa pun, tapi aku risau kalau aku tak boleh buat yang terbaik huhuhu.. dengan masalah budak2 zaman sekarang ni pelik2, makin berteknologi dunia ni, makin tak bertamadun manusia sekarang hahaha.. cikgu2 pun kadang2 haru gak. sama sendiri pun nak iri hati, padahal kerjaya sama je, kalau nak iri hati baik jangan kerja, duduk je kat rumah, abis cerita..

walaupun sekolah yang aku masuk ni tak ramai sangat pelajar dia, tapi cabaran tetap ada walau di mana pun. cabaran ni la yang aku kena tempuh dengan penuh semangat. aku harap kerjasama cikgu2 baik, macam tu juga kerjasama murid2 hehehe.. harap2 semua berjalan lancar hehehe.. tapi hari tu aku pergi sekolah jumpa pengetua, aku tengok sempoi je pengetua dia. bagus la kan, senang aku nak kerjasama dengan dia. jangan dia ada dua karakter dah la, kejap jadi sempoi, kejap jadi garang hahahhaa.. mati aku hahaha..

rasanya itu saja untuk entri kali ni. hanya nak meluahkan apa yang ada dalam hati ni supaya tak terbuku hahahhaa.. kang meletup satu hal nak kutip balik hati aku hahahhaa.. aku berharap segalanya berjalan lancar dan diberikan kekuatan untuk menempuh alam praktikal dan seterusnya alam pekerjaan hahaha.. aminnnnnn... korang pun doa kan la sama ok? hehehhee...

Mr X: sebenarnya takut tu, tu yang tulis dalam entri ni.. huhuhuhuhu..

Thursday, February 3, 2011

From Perak With Love

assalamualaikum..

pergghhhh.. agak penat la minggu ni. banyak btol aku berjalan hehehe.. maklum la, kali ni aku praktikal kat perak, so disebabkan aku tak berapa familiar dengan kawasan kat perak ni, so aku dibawa la oleh seorang pemandu pelancong merangkap kawan aku gak hahaha.. lantikan secara tak rasmi. dia bawa aku keliling perak, tapi tak habis lagi la..

hari ni je, dekat 12 jam aku berjalan keliling ipoh hehehe.. syok wooo ipoh, macam2 ade gak kt situ. yela, dulu aku duk tempat lain, bila da duduk tempat orang ni, jadi jakun la kejap hahaha.. tapi memang best la, kawasan dia cantik, besar gak bandar dia hehehe.. boleh sesat juga lah kalau ke sana. so sapa2 nak jalan ipoh, bawa la pemandu pelancong supaya anda tidak sesat hehehe..

semalam pun aku dah berjalan da, tapi pergi jumpa mata air hahahha.. aku pergi berjalan2 kat bagan serai, pastu jalan2 pergi ke taiping pula. taiping pun tak kurang hebatnya, dengan taman tasik nye, fuhhhhhh... cantik la juga, teruja melihatnya hehehe.. baru first time datang kan, kalau da tiap2 hari mesti la bosan kan hehehe.. ni la orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman hehehe.. seronok sangat jalan2 perak, lepas ni nak pergi mana pula yerrr?? hmmmm...

Mr X: hehehe.. yang kat atas tu gambar mr teddy yang Mr x bagi kat mata air hahahhaa.. comel x? huhuhuhu...

Friday, January 28, 2011

Sila Bawa Bertenang Orang Tenang...

assalamualaikum...

waaaaa.. tinggal lagi berapa hari je lagi masyarakat tenang nak keluar mengundi. harap semua penduduk terutamanya di kawasan tenang supaya bertenang dan jangan r bikin kecoh di tenang nanti yer.. tak best la kalau bergaduh. bila pilihanraya je mula la nak collect dosa yang da berbakul2 dengan fitnah dan sumpah seranah tu. aku tak sebelah mana2 pihak pun. aku berkecuali, mana yang baik dan telus itu yang kita sokong kan. so untuk mendapatkan undi dari rakyat, kena lah bersifat telus dan jangan la nak tuduh2 die ni jahat ke, die tu jahat ke, kalau nak menang dengan berkat kena la telus, bukan hancus.. hehehehe..

setakat ni aku tengok nampak macam terkawal je, tapi tak tau la kan sebab aku bukan orang tenang hahahhaa.. harap2 siapa2 orang tenang yang baca post ni boleh la bagi feedback bagaimana keadaan kat tenang tu, sama ada tenang ke tegang? hehehehe.. persaingan sihat perlu ada supaya masing2 bersaing dan berusaha untuk memenangi hati rakyat. jangan cakap tak serupa bikin macam sesetengah pemimpin. aku berharap calon2 yang bertanding dapat menunaikan janji2 mereka kepada rakyat di tenang khususnya. ini bukan apa, ini membuktikan bahawa calon yang menang tu berpegang pada janji dan menunaikan janji2 mereka. jangan cakap kosong je ok? hehehehe

sebenarnya aku risau juga buat post berunsur politik ni, tapi tak pe kot sebab aku pun rakyat malaysia yang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat aku hehehe.. tak tau la pula kalau ada orang yang melenting nanti. bukan apa, bak kata pepatah, siapa yang makan cili dia terasa la kepedasannya kan? kalau kita tak buat kita tak terasa la kan hehehe.. rakyat tenang pun macam tu juga, pilihlah calon yang betol2 boleh membawa kebaikan kepada korang semua. pilih bukan berdasarkan fahaman politik semata2, ambil kira juga perjuangan calon tersebut dalam menjalankan tanggungjawab.

dikesempatan ini juga aku bersimpati dengan calon pas kerana berita bahawa suaminya sakit, diharap beliau cepat sembuh dan segera menyokong isterinya dalam berkempen nanti. begitu juga kepada rakyat tenang yang kini dilanda banjir, diharap anda semua bersabar dan keluar beramai semasa hari pembuangan undi nanti, undi anda penentu masa depan Tenang. hehehe.. kepada yang membaca entri ni, jangan pula saman aku ok hehehehe. aku da cuba jadi se neutral mungkin dalam entri ni ok? hehehe.. selamat berkempen juga kepada kedua2 calon yang bertanding..

Mr x: mesti best kat tenang, sebab mesti tenang kat sana..

Thursday, January 27, 2011

Penangan Facebook..


assalamualaikum...

tahniah kepada mark zuckerberg sebab da berjaya menyatukan seluruh manusia dalam dunia ni dengan rangkaian facebook die. memang tak dinafikan, facebook sekarang ni memang menjadi kegilaan semua orang. memang dasat tol la penangan facebook ni. semua golongan manusia guna tau. dari budak kecil sampai la pakcik2 yang da tua. semua menggunakan facebook sebagai salah satu cara untuk berhubung. cuma aku tertanya2, macam mana kalau facebook da jadi satu gaya hidup masyarakat masa kini? kalo da dikatakan cara hidup, maknanya semua yang berkaitan dengan hidup ni mesti ada facebook, makan facebook, tidur facebook, mandi facebook pendek kata selagi belum tutup mata, facebook.. facebook.. facebook..

bagus ada facebook ni, semua kita dapat tau. dunia semakin dekat, tak perlu nak berjalan keliling dunia pon kita da ade  kawan seluruh dunia. tapi adakah facebook ni betul bagus 100%? hehehehe.. jangan ambil semuanya baik, sebab dalam setandan pisang ada gak yang buruk kan? hehehehe.. facebook ni bagus kalau digunakan untuk mencari kawan. mencari sahabat yang lama terpisah, mencari jodoh, memperluaskan perniagaan.. tapi masalahnya, ada orang guna facebook untuk memfitnah orang lain, buat apa kite nak tabur fitnah? berdosa je.. daripada benda tu digunakan untuk jalan kebaikan, tak pasal2 pula digunakan untuk menabur fitnah kat orang lain. kutuk mengutuk, kacau suami/isteri orang, tak bagus semua tu. tak guna la abg mark kita buat facebook kalau macam tu. bile dia gegar kata nak tutup facebook baru la korang semua gelabah hahahahha...

lagi satu, kalau nak main facebook tu agak2 la sikit, kalau main facebook tu sampai terabai anak bini kat rumah tu apa cerita? hahahhaa.. jangan la macam tu, dari sibuk main facebook tu, baik la jagae anak2, suami, bini, baru la harmoni kehidupan ni hehehe.. baru la aman hidup kita hehehe.. aku tengok sekarang, budak sekolah rendah pun da pandai main facebook, siap ada awek lagi dalam facebook, bahaya ni untuk masyarakat akan datang.. facebook tu ada baiknya dan ada buruknya. kalau digunakan dengan jalan yang baik, baik la jadinya kan tapi kalau digunakan dengan benda yang tak berfaedah, alamat jadi huru hara la dunia kita..

Mrx: boleh tak kalau buka laman sosial baru "facecook"? huhuhu..

Wednesday, January 26, 2011

Tudung?

assalamualaikum..

perasan tak? apa? tak perasan? buta ke apa ni? hahahaha.. tak kan la korang tak perasan? btol tak perasan ni? perasan apa? huhuhu.. tak ada apa pun.. hahahha.. bukan, aku just nak kongsi cerita dengan korang, aku buka FB, aku tengok ramai sangat orang jual tudung, macam2 fesyen, cantik2 plak tu.. aku pelik juga kenapa sekarang makin ramai jual tudung. hahahaha.. kalau korang perasan, zaman mak2 kita dulu susah sangat nak jumpa orang yang bertudung kan? kebanyakkan free hair dan kebanyakan seksi2 hahahha.. macam cerita dalam tv zaman2 dulu, jarang benar aku tengok orang perempuan bertudung.

tapi trend sekarang da berubah kan.. kalau pergi town, semua bertudung. manis je muka hehehe.. ada yang labuh, ada yang singakat, ada yang pakai tudung tapi macam tak pakai hahaha.. rambut sejemput terkeluar huhuhu.. apa2 je la.. fesyen la kata kan. fesyen tu fesyen gak tapi hukum agam jangan dilupakan. selalu berpegang teguh dalam beragama hehehe.. tapi tu la, zaman dulu even dorang tak pakai tudung pun masih lagi jaga tatasusila sebagai orang islam. tak pulak dengar isu buang bayi, gugur kan bayi.

yang peliknya zaman wanita bertudung ni plak banyak berlaku kes sedemikian. kenapa ek? kat mana la silapnya tu? kat tudung tu ke? hehehehe.. aku rasa tak kot, tudung tu bukan sebab kepada semua ni, tudung hanya fesyen. tapi pemikiran manusia ni yang kita tak tau. aku harap lepas ni ramai la lagi wanita bertudung ok, bukan setakat bertudung jew, tapi bersopan la ketika mengenakan tudung. jangan jadikan tudung tu sebagai topeng je. untuk menutup segala keburukkan. da salah la tu hehehe.. aku bukan nk kondem sape2 tapi sape yang makan cili, die terasa la pedasnya yerk?  hehehhee.. aku minta maaf, aku bukan tak menyokong wanita bertudung, cuma bertudung la dengan ikhlas dan bukan kerana fesyen semata-mata hehehe..

Mrx: pasni nak jual tudung gak la.. hahahaha..

Nak Minta Pendapat?

assalamualaikum

hehehehe.. mula-mula da ketawa da ni hahaha.. da macam kerang busuk da huhuhu.. hah saja je kuarkan post ni, just nak minta pendapat blogger2, biasanya kalau korang sume tulis blog, apa yang korang selalu tulis ek? nak gak belajar ngan otai2 ni, sebab aku rasa macam tak da idea nak tulis pe la. kalau ada idea pun tak tau nak keluarkan macam mana. huhuhu.. sian kat aku kan. orang da lama bejinak dalam blog, aku baru nak terhegeh2 tulis blog huhuhu.. tapi tu la, memang tak da idea la nak tulis apa. merapu je lebih ni hahahaha.. ok la, kalau ada apa2 yang best aku cuba bawa untuk korang ok.

ok la geng, aku blah dulu ok hehehe.. tatata...

Baru Belajar Buat Blog

assalamualaikum...

hehehe.. rasanya macam jarang je aku tulis blog ni. tak pandai sangat mengarang dalam blog ni, kalau merapu tu tau la. tapi merapu pun kadang2 tak berapa reti sangat hahahhaa.. kadang2 la, bkn selalu.. ni baru belajar nak berjinak-jinaj dengan blog ni. kalau ada sape2 yang terbaca blog aku ni, boleh la gaknye tolong2 aku wat blog kasi gempak sket kan hehehe..

ok la.. tak tau apa nk merapu ni. sekian dulu la yerk nukilan pertama aku dalam blog ni. harap otai2 blogger leyh bantu aku wat blog bia cun taw.. jangan kedekut ilmu, tuhan menyampah orang yang kedekut ni hehehe.. ok la, selamat mengajar aku tentang selok belok blog hahahahha.

salam perkenalan dr Mr.x hehehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top