Friday, January 28, 2011

Sila Bawa Bertenang Orang Tenang...

assalamualaikum...

waaaaa.. tinggal lagi berapa hari je lagi masyarakat tenang nak keluar mengundi. harap semua penduduk terutamanya di kawasan tenang supaya bertenang dan jangan r bikin kecoh di tenang nanti yer.. tak best la kalau bergaduh. bila pilihanraya je mula la nak collect dosa yang da berbakul2 dengan fitnah dan sumpah seranah tu. aku tak sebelah mana2 pihak pun. aku berkecuali, mana yang baik dan telus itu yang kita sokong kan. so untuk mendapatkan undi dari rakyat, kena lah bersifat telus dan jangan la nak tuduh2 die ni jahat ke, die tu jahat ke, kalau nak menang dengan berkat kena la telus, bukan hancus.. hehehehe..

setakat ni aku tengok nampak macam terkawal je, tapi tak tau la kan sebab aku bukan orang tenang hahahhaa.. harap2 siapa2 orang tenang yang baca post ni boleh la bagi feedback bagaimana keadaan kat tenang tu, sama ada tenang ke tegang? hehehehe.. persaingan sihat perlu ada supaya masing2 bersaing dan berusaha untuk memenangi hati rakyat. jangan cakap tak serupa bikin macam sesetengah pemimpin. aku berharap calon2 yang bertanding dapat menunaikan janji2 mereka kepada rakyat di tenang khususnya. ini bukan apa, ini membuktikan bahawa calon yang menang tu berpegang pada janji dan menunaikan janji2 mereka. jangan cakap kosong je ok? hehehehe

sebenarnya aku risau juga buat post berunsur politik ni, tapi tak pe kot sebab aku pun rakyat malaysia yang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat aku hehehe.. tak tau la pula kalau ada orang yang melenting nanti. bukan apa, bak kata pepatah, siapa yang makan cili dia terasa la kepedasannya kan? kalau kita tak buat kita tak terasa la kan hehehe.. rakyat tenang pun macam tu juga, pilihlah calon yang betol2 boleh membawa kebaikan kepada korang semua. pilih bukan berdasarkan fahaman politik semata2, ambil kira juga perjuangan calon tersebut dalam menjalankan tanggungjawab.

dikesempatan ini juga aku bersimpati dengan calon pas kerana berita bahawa suaminya sakit, diharap beliau cepat sembuh dan segera menyokong isterinya dalam berkempen nanti. begitu juga kepada rakyat tenang yang kini dilanda banjir, diharap anda semua bersabar dan keluar beramai semasa hari pembuangan undi nanti, undi anda penentu masa depan Tenang. hehehe.. kepada yang membaca entri ni, jangan pula saman aku ok hehehehe. aku da cuba jadi se neutral mungkin dalam entri ni ok? hehehe.. selamat berkempen juga kepada kedua2 calon yang bertanding..

Mr x: mesti best kat tenang, sebab mesti tenang kat sana..

Thursday, January 27, 2011

Penangan Facebook..


assalamualaikum...

tahniah kepada mark zuckerberg sebab da berjaya menyatukan seluruh manusia dalam dunia ni dengan rangkaian facebook die. memang tak dinafikan, facebook sekarang ni memang menjadi kegilaan semua orang. memang dasat tol la penangan facebook ni. semua golongan manusia guna tau. dari budak kecil sampai la pakcik2 yang da tua. semua menggunakan facebook sebagai salah satu cara untuk berhubung. cuma aku tertanya2, macam mana kalau facebook da jadi satu gaya hidup masyarakat masa kini? kalo da dikatakan cara hidup, maknanya semua yang berkaitan dengan hidup ni mesti ada facebook, makan facebook, tidur facebook, mandi facebook pendek kata selagi belum tutup mata, facebook.. facebook.. facebook..

bagus ada facebook ni, semua kita dapat tau. dunia semakin dekat, tak perlu nak berjalan keliling dunia pon kita da ade  kawan seluruh dunia. tapi adakah facebook ni betul bagus 100%? hehehehe.. jangan ambil semuanya baik, sebab dalam setandan pisang ada gak yang buruk kan? hehehehe.. facebook ni bagus kalau digunakan untuk mencari kawan. mencari sahabat yang lama terpisah, mencari jodoh, memperluaskan perniagaan.. tapi masalahnya, ada orang guna facebook untuk memfitnah orang lain, buat apa kite nak tabur fitnah? berdosa je.. daripada benda tu digunakan untuk jalan kebaikan, tak pasal2 pula digunakan untuk menabur fitnah kat orang lain. kutuk mengutuk, kacau suami/isteri orang, tak bagus semua tu. tak guna la abg mark kita buat facebook kalau macam tu. bile dia gegar kata nak tutup facebook baru la korang semua gelabah hahahahha...

lagi satu, kalau nak main facebook tu agak2 la sikit, kalau main facebook tu sampai terabai anak bini kat rumah tu apa cerita? hahahhaa.. jangan la macam tu, dari sibuk main facebook tu, baik la jagae anak2, suami, bini, baru la harmoni kehidupan ni hehehe.. baru la aman hidup kita hehehe.. aku tengok sekarang, budak sekolah rendah pun da pandai main facebook, siap ada awek lagi dalam facebook, bahaya ni untuk masyarakat akan datang.. facebook tu ada baiknya dan ada buruknya. kalau digunakan dengan jalan yang baik, baik la jadinya kan tapi kalau digunakan dengan benda yang tak berfaedah, alamat jadi huru hara la dunia kita..

Mrx: boleh tak kalau buka laman sosial baru "facecook"? huhuhu..

Wednesday, January 26, 2011

Tudung?

assalamualaikum..

perasan tak? apa? tak perasan? buta ke apa ni? hahahaha.. tak kan la korang tak perasan? btol tak perasan ni? perasan apa? huhuhu.. tak ada apa pun.. hahahha.. bukan, aku just nak kongsi cerita dengan korang, aku buka FB, aku tengok ramai sangat orang jual tudung, macam2 fesyen, cantik2 plak tu.. aku pelik juga kenapa sekarang makin ramai jual tudung. hahahaha.. kalau korang perasan, zaman mak2 kita dulu susah sangat nak jumpa orang yang bertudung kan? kebanyakkan free hair dan kebanyakan seksi2 hahahha.. macam cerita dalam tv zaman2 dulu, jarang benar aku tengok orang perempuan bertudung.

tapi trend sekarang da berubah kan.. kalau pergi town, semua bertudung. manis je muka hehehe.. ada yang labuh, ada yang singakat, ada yang pakai tudung tapi macam tak pakai hahaha.. rambut sejemput terkeluar huhuhu.. apa2 je la.. fesyen la kata kan. fesyen tu fesyen gak tapi hukum agam jangan dilupakan. selalu berpegang teguh dalam beragama hehehe.. tapi tu la, zaman dulu even dorang tak pakai tudung pun masih lagi jaga tatasusila sebagai orang islam. tak pulak dengar isu buang bayi, gugur kan bayi.

yang peliknya zaman wanita bertudung ni plak banyak berlaku kes sedemikian. kenapa ek? kat mana la silapnya tu? kat tudung tu ke? hehehehe.. aku rasa tak kot, tudung tu bukan sebab kepada semua ni, tudung hanya fesyen. tapi pemikiran manusia ni yang kita tak tau. aku harap lepas ni ramai la lagi wanita bertudung ok, bukan setakat bertudung jew, tapi bersopan la ketika mengenakan tudung. jangan jadikan tudung tu sebagai topeng je. untuk menutup segala keburukkan. da salah la tu hehehe.. aku bukan nk kondem sape2 tapi sape yang makan cili, die terasa la pedasnya yerk?  hehehhee.. aku minta maaf, aku bukan tak menyokong wanita bertudung, cuma bertudung la dengan ikhlas dan bukan kerana fesyen semata-mata hehehe..

Mrx: pasni nak jual tudung gak la.. hahahaha..

Nak Minta Pendapat?

assalamualaikum

hehehehe.. mula-mula da ketawa da ni hahaha.. da macam kerang busuk da huhuhu.. hah saja je kuarkan post ni, just nak minta pendapat blogger2, biasanya kalau korang sume tulis blog, apa yang korang selalu tulis ek? nak gak belajar ngan otai2 ni, sebab aku rasa macam tak da idea nak tulis pe la. kalau ada idea pun tak tau nak keluarkan macam mana. huhuhu.. sian kat aku kan. orang da lama bejinak dalam blog, aku baru nak terhegeh2 tulis blog huhuhu.. tapi tu la, memang tak da idea la nak tulis apa. merapu je lebih ni hahahaha.. ok la, kalau ada apa2 yang best aku cuba bawa untuk korang ok.

ok la geng, aku blah dulu ok hehehe.. tatata...

Baru Belajar Buat Blog

assalamualaikum...

hehehe.. rasanya macam jarang je aku tulis blog ni. tak pandai sangat mengarang dalam blog ni, kalau merapu tu tau la. tapi merapu pun kadang2 tak berapa reti sangat hahahhaa.. kadang2 la, bkn selalu.. ni baru belajar nak berjinak-jinaj dengan blog ni. kalau ada sape2 yang terbaca blog aku ni, boleh la gaknye tolong2 aku wat blog kasi gempak sket kan hehehe..

ok la.. tak tau apa nk merapu ni. sekian dulu la yerk nukilan pertama aku dalam blog ni. harap otai2 blogger leyh bantu aku wat blog bia cun taw.. jangan kedekut ilmu, tuhan menyampah orang yang kedekut ni hehehe.. ok la, selamat mengajar aku tentang selok belok blog hahahahha.

salam perkenalan dr Mr.x hehehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top