Monday, August 27, 2012

Bila Lama Tak Update

assalammualaikum..

hah ni la jadiknya bila lama tak update blog mrx ni. nampak da macam blog tinggal kn hahahaha.. tapi tak pe, mrx akan cuba update slow2 k. bila rajin mrx update la yerk..

bagi yang asik menanti mrx update, harap la bersabar sebab sekarang ni mrx da sibuk dengan kerja. header pon tak sempat nak design. wat header yang biasa ni je. tapi tu la, rasanya macam nak tukar header la.. nak kasi lagi cun blog mrx ni.

gak2 design macam mana la nak buat yerk. tak kan nak letak gambar Dato Siti pulak kan hahahaha.. kang marah pulak datuk k nanti.  tak pasal2 kene banned blog mrx ni hahaha.. takpe2 tu nanti ada masa mrx pikirkan ok? hehehe..

bile da lame tak menulis ni, kering la jugak idea nak tulis apa. tapi walau apa pun, mrx akan selalu update blog mrx ni ok? kalau rajin baca la sama2 ok? kalo tak rajin tak yah baca, tengok pon da ok da hahaha.. ok la mrx cabot dulu, nanti ada mase mrx update lagi ok? hehehe...

k babai u alllzzz....

Saturday, April 21, 2012

Happy2

Hahaha akhirnya berjaya juga mrx update blog gune sms. thanx kepada yg buat tutorial, mrx hargai sgt2. korang mmg sempoi la. So tanpa laptop pn mrx da bulih update blog mrx ni. Happening r.. So tak besawang la blog mrx pasni.. Ok ni post pendek je, k tata..

Tuesday, February 21, 2012

Header Terbaru Rekaan MrX Untuk Blog Nukilan Lukisan Hati Cinta..

assalammualaikum wbt.


amacam? cun tak header ni? hehehe.. ni la perkhidmatan pertama mrx dalam bidang header ni haha.. cam kelakar je tapi tak pe la. newbie lagi kan, blom expert lagi. ni pun belajar dari sifu aku si ezhan hehe.. (poyo je ngaku sifu) hahaha.. header ni mrx buat ada lah dalam sejam setengah. tu tak masuk dengan time memikir design macam mana nak buat lagi hehe..

harap owner NLHC tu puas hati la dengan hasil kerja mrx ni. ni je yang mampu mrx fikirkan. sebab belum expert lagi kan. so ni je la yang dapat mrx buatkan. nanti bila da terer, mrx buat lagi lawa ok? bukan setakat header untuk blog, header untuk laman web 1malaysia pun mrx boleh tolong buatkan hehe (kalau da terer la)

ok la, mrx saje je nak wat post header ni. saje nak dapatkan feed back dari korang semua. kalau ada yang berminat boleh la mrx buatkan. tapi kalau tak cantik jangan marah ok? ni kerja budak baru belajar memang macam ni haha. kalau berminat, korang sent je kat emel mrx ( thisisnotthexxx@yahoo.com) ataupun kat fb mrx pun boleh (Encik TheXblog) hehe.. tapi lambat sikit la nak buat tu sebab mrx ni kadang2 jarang online.. busy la kadang2 tu. kalau korang sabar menunggu insyaallah mrx boleh buatkan hehe..

ok nanti mrx akan buat lagi entri ok? kita jumpa lagi kat post yang lain yang lebeh super duper mengarut untuk  pembacaan korang semua. jangan lupe lawat2 blog mrx ni. tak payah picit adds pun sebab bukan blog nk dapatkan duit. just for fun hehe.. ok jumpa lagi, babai u olllllllsssss hehehe..

Mrx: lepas ni nak belajar buat template pulak la, ada sape2 yang sudi ajar mrx buat template angkat tangan.. apa tempe? tempe untuk makan ok hehehe..

Sunday, February 19, 2012

Jom Setup Studio Rakaman Sendiri Di Rumah..

assalammualaikum wbt

"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..... lalalalala"

ewaaahhhhh!!! menyanyi sakan noh mrx kali ni hehe.. bukan apa, mrx yakin mesti ada kat luar sana yang berminat nak buat studio rakaman. mrx gak yakin mesti ada korang kat luar sana yang berbakat besar dalam bidang nyanyian tapi kecewa dengan rakaman yang korang buat guna hanfon yang mahal tu kan? penat jew rakam dengan suara merdu ala2 Najwa Latif tu tapi bile bagi member2 dengar, kena gelak sakan haha.. sebab apa? sebab rakaman korang siap ada dengar bunyik ayam berkokok kat belakang rumah korang hahaha..

hah sebab tu la mrx nak kongsi dengan korang macam mana nak setup studio dari rumah korang je. tak payah nak berhabis duit rakam lagu kat syarikat2 rakaman. (tu pun kalau ada yang offer). dengan hasil kerja lagu korang yang super duper meletop tu, tambah pulak dengan bermodal sikit duit gaji korang, korang da boleh publish lagu korang kat youtube, facebook atau kat mana2 pun hehe.. nak hantar kat radio pun boleh tau.. weyh sekali main lagu tu da berapa ratus da korang dapat hehe..

ok tak bebel2 da.. (takut kena baling dengan selipar haha) kita terus kepada cara macam mana nak setup studio rakaman sendiri di rumah atau home studio korang sendiri la hehehe..

1. pertama sekali apa yang korang perlu ada adalah laptop atau desktop komputer, kalau boleh bia ada soundcard yang power2 la ok? baru la nanti senang korang nak meng'edit lagu2 yang korang da hasilkan.

2. lepas tu korang kena la labur sikit duit untuk dapatkan sebijik audio interfaces. audio interface ni gunanya untuk korang sambung kan microfon korang kedalam laptop korang, instrumen yang korang gunakan pun boleh disambungkan kat audio interface ni. benda ni penting supaya suara korang yang merdu tu dapat dirakam kedalam laptop. begitu juga dengan instrumen korang. kira audio interface ni benda paling penting dalam pembikinan home studio ni. (cam jantung kita hehe). harga dia pulak dalam lingkungan RM 200 - 1000 la.. depends on bajet korang, kalau bajet ciput, korang beli yang murah2 je sebab tak jauh beza pun function yang murah dengan yang mahal. gambar kat bawah ni contoh audio interface. ini keluaran M-Audio, banyak lagi model lain tapi ni salah satu daripadanya la hehe..


M-Audio Fastrack Pro


3. bila korang da ada audio interface, korang mesti la ada microfon. sebab kalau tak ada microfon, sampai ke tua la suara korang tak dapat dirakam. korang jumpa la bomoh mana2 pon, confirm tak dapat rakam gak haha.. ok microfon yang macam mana korang nak guna? ok microfon ni ada banyak jenis. microfon yang korang selalu guna kat karok2 seluruh negara tu di namakan sebagai dynamic microfon. dynamic microfon ni sesuai digunakan untuk membuat persembahan pentas, persembahan live, concert dan yang sewaktu dengannye. microfon ni tak sesuai digunakan untuk tujuan rakaman. kalau nak guna boleh juga tapi bunyik yang dihasilkan kurang memuaskan la.

 Ini Contoh Dynamic Microfon

microfon yang paling sesuai digunakan ialah condenser microfon. ok kenapa kena guna condenser microfon? ok condenser microfon ni dapat detect bunyik dengan frekuensi yang tinggi. maknanya sound yang korang hasilkan, dia dapat detect dengan baik dan boleh di proses dengan baik. mrx yakin korang mesti nak hasilkan rakaman yang berkualiti kan? sebab korang mesti nak lupakan sejarah hitam diketawakan oleh member2 dengan rakaman yang super duper hampeh.. maka tak salah kalau korang spent a little bit of money untuk dapatkan hasil yang memuaskan. condenser microfon ni harga dia ada banyak, tapi kalau nak yang paling murah dalam lingkungan RM 100 - 200 la hehe.. tak mahal sangat pun kan? hehe..

Condenser Microfon Keluaran Audio Technica


4. bila microfon da ada, audio interface da ada, laptop atau komputer pun da ada, maka korang da boleh la start merakam. tapi jangan lupa, sebelum merakam korang mestilah sambungkan semua2 wayar yang ada tu dulu supaya semua berjalan dengan lancar. nak sambung2 kan tu rase nya tak la susah sangat. tak de la sampai macam nak buat wiring kat rumah korang hahaha.. kalau korang tak faham macam mana nak pasang korang tanya je kat tokey kedai tu. kalau tokei kedai tu pun tak tau, korang suruh dia tutup je kedai, buka kedai bunga ke, kedai jual tayar ke hahaha..


5. ok yang seterusnya korang mestilah ada software untuk editing lagu2 yang korang da rakam tu. kalau takde nanti tak sedap la lagu korang. tak gempak cam lagu yuna nanti haha. ok macam mrx, mrx selalu guna software acoustica mixcraft 5. selain dari mixcraft ade lagi software lain contohnya pro tools 9. sofware ni pun bagus juga untuk editing lagu2 korang. macam mana nak dapat sofware ni? korang boleh donlod free jew. kat torrent banyak.. donlod je la hahha.. tapi kebiasaannya bila korang beli audio interface tu, dorang akan bagi pakej dengan softwae editing sekali. so korang guna yang tu je la hehe..


bila semua ni da ada, secara basicnya korang da boleh merakam lagu dengan kualiti yang baik la. da tak ada da bunyik ayam berkokok, bunyik adik korang menagis mintak susu, atau pun suara ayah mak korang pekik suh pergi sabit rumput kat laman rumah lagi da hehe.. korang da boleh rakam dengan kualiti yang baik. kalau nak dibandingkan dengan lagu kat radio tu tak boleh la, tapi sekurang2nya korang da boleh layan lagu korang sendiri hehe..

sebenarnya ada banyak lagi yang perlu korang tambah untuk jadikan studio korang lagi power, contohnya stand mic, pop filter (tak nak kasi suara korang ade noise), pre amplifier dan sebagainya. tapi biasanya orang yang berjaya akan bermula dari yang basic2 dulu kan? hehe.. mana la tau, dengan post mrx ni korang dapat capai cita2 korang nak jadi macam najwa latif ataupun ana rafalli yang da meletops2 sekarang ni kan? so kejayaan itu bermula dari langkah yang pertama hehe..

mrx pun dapat tunjuk ajar dari Yuna hehehe.. (bajet kawan dengan yuna).. yuna ada upload video dia buat tutorial ni kat youtube, tapi dalam bahasa inggeris. kalau korang faham bagus la, tapi kalau tak faham tu, boleh la baca entri mrx ni sebagai panduan asas.

ok la, selamat merakam lagu k? bila da rakam lagu jangan lupa bagi satu copy kat mrx hahaha.. nanti mrx boleh wat perview lagu2 korang pulak nanti. hehehe.. ok sampai berjumpa lagi di entri yang lain pula.. babaiiiiiiii love u ollllllsss hehehe..

 Ni Stand Mic Korang

Yang Ni Plak Namanya Pop Filter



MrX: lepas ni jangan terkejut kalau korang keluar rumah, wartawan da penuh kat laman nak interview kejayaan korang pulak ok? hahaha

Saturday, February 18, 2012

Ezhan Artwork Memang Best!!!!

assalammualaikum wbt..

korang suke designing? suka tengok pic lawa2? mencari tutorial yang mudah difahami? hah ni la masa yang sesuai untuk korang rilex baca post mrx di pagi ahad ni.. sebab apa mrx cakap macam tu? sebab untuk post kali ni mrx nak preview la sikit tentang sebuah blog yang mrx rasa blog dia ni sangat membantu blogger2 yang baru belajar tentang cara membuat rekaan yang cantik hanya dengan menggunakan langkah yang simple cam picit pimple je..

ok korang mesti tertanya2 kenapa mrx memilih ezhan artwork dan bukan website tutorial lain yang lebih hebat lagi? korang nak tau kenapa? bak mai seringgit dulu, baru mrx cerita.. hahahaha ok2 gurau je, sebab mrx pilih ezhan artwork ni kerana tutorial yang dia sampaikan sangat mudah difahami. dengan menggunakan bahasa yang simple dan step2 yang lengkap korang memang boleh jadi pro designer hanya dengan menggunakan cara yang sangat mudah.

mrx promot ezhan artwork ni bukan sebab mrx ni kawan dia mahupun couple dia (oppss terlebih sudah) tapi mrx sangat kagum dengan tutorial2 yang dia post. mrx ni yang slow pon boleh buat design yang cantik, inikan korang, mesti lagi boleh kan. korang kan pandai bijak laksana macam ikan2 di laut hahaha.. (macam tak match je perumpamaan tu?)

ok, cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. korang pergi skodeng la senang cerita, mrx yakin korang mesti teruja tahap berdarah telinga la bila tengok hasil kerja die. korang bukan setakat boleh tengok jew, korang nak wat pun boleh. pendek kata memang hebat la mamat ni hehehe..

mrx pun da penat membebel, da macam salesman jual periuk da. tapi yang pasti, mrx nak korang semua tahu yang ramai sebenarnya rakyat malaysia yang berbakat. tak payah tengok orang luar, orang malaysia sendiri pun ramai yang hebat2. so kita guna kan ilmu yang telah diberi untuk jadi setanding dengan ezhan tu ok? hehehe..

SKODENG HASIL KERJA EZHAN KAT LINK NI: http://ezhan-artwork.blogspot.com/

Ok, rasenya da banyak info mrx bagi kat korang. hehehe.. masih sedang berusaha untuk melembutkan jari jemari yang kaku ini hehehe.. ok sampai berjumpa lagi di post mrx yang super duper mengarut ni ok? hahaha babaiiiiiii...


MrX: pernah bercita2 nak jadi pengacara TV, tapi macam segan je.. sangat teruja dengan rancangan ON AIR tu hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top