Sunday, February 19, 2012

Jom Setup Studio Rakaman Sendiri Di Rumah..

assalammualaikum wbt

"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..... lalalalala"

ewaaahhhhh!!! menyanyi sakan noh mrx kali ni hehe.. bukan apa, mrx yakin mesti ada kat luar sana yang berminat nak buat studio rakaman. mrx gak yakin mesti ada korang kat luar sana yang berbakat besar dalam bidang nyanyian tapi kecewa dengan rakaman yang korang buat guna hanfon yang mahal tu kan? penat jew rakam dengan suara merdu ala2 Najwa Latif tu tapi bile bagi member2 dengar, kena gelak sakan haha.. sebab apa? sebab rakaman korang siap ada dengar bunyik ayam berkokok kat belakang rumah korang hahaha..

hah sebab tu la mrx nak kongsi dengan korang macam mana nak setup studio dari rumah korang je. tak payah nak berhabis duit rakam lagu kat syarikat2 rakaman. (tu pun kalau ada yang offer). dengan hasil kerja lagu korang yang super duper meletop tu, tambah pulak dengan bermodal sikit duit gaji korang, korang da boleh publish lagu korang kat youtube, facebook atau kat mana2 pun hehe.. nak hantar kat radio pun boleh tau.. weyh sekali main lagu tu da berapa ratus da korang dapat hehe..

ok tak bebel2 da.. (takut kena baling dengan selipar haha) kita terus kepada cara macam mana nak setup studio rakaman sendiri di rumah atau home studio korang sendiri la hehehe..

1. pertama sekali apa yang korang perlu ada adalah laptop atau desktop komputer, kalau boleh bia ada soundcard yang power2 la ok? baru la nanti senang korang nak meng'edit lagu2 yang korang da hasilkan.

2. lepas tu korang kena la labur sikit duit untuk dapatkan sebijik audio interfaces. audio interface ni gunanya untuk korang sambung kan microfon korang kedalam laptop korang, instrumen yang korang gunakan pun boleh disambungkan kat audio interface ni. benda ni penting supaya suara korang yang merdu tu dapat dirakam kedalam laptop. begitu juga dengan instrumen korang. kira audio interface ni benda paling penting dalam pembikinan home studio ni. (cam jantung kita hehe). harga dia pulak dalam lingkungan RM 200 - 1000 la.. depends on bajet korang, kalau bajet ciput, korang beli yang murah2 je sebab tak jauh beza pun function yang murah dengan yang mahal. gambar kat bawah ni contoh audio interface. ini keluaran M-Audio, banyak lagi model lain tapi ni salah satu daripadanya la hehe..


M-Audio Fastrack Pro


3. bila korang da ada audio interface, korang mesti la ada microfon. sebab kalau tak ada microfon, sampai ke tua la suara korang tak dapat dirakam. korang jumpa la bomoh mana2 pon, confirm tak dapat rakam gak haha.. ok microfon yang macam mana korang nak guna? ok microfon ni ada banyak jenis. microfon yang korang selalu guna kat karok2 seluruh negara tu di namakan sebagai dynamic microfon. dynamic microfon ni sesuai digunakan untuk membuat persembahan pentas, persembahan live, concert dan yang sewaktu dengannye. microfon ni tak sesuai digunakan untuk tujuan rakaman. kalau nak guna boleh juga tapi bunyik yang dihasilkan kurang memuaskan la.

 Ini Contoh Dynamic Microfon

microfon yang paling sesuai digunakan ialah condenser microfon. ok kenapa kena guna condenser microfon? ok condenser microfon ni dapat detect bunyik dengan frekuensi yang tinggi. maknanya sound yang korang hasilkan, dia dapat detect dengan baik dan boleh di proses dengan baik. mrx yakin korang mesti nak hasilkan rakaman yang berkualiti kan? sebab korang mesti nak lupakan sejarah hitam diketawakan oleh member2 dengan rakaman yang super duper hampeh.. maka tak salah kalau korang spent a little bit of money untuk dapatkan hasil yang memuaskan. condenser microfon ni harga dia ada banyak, tapi kalau nak yang paling murah dalam lingkungan RM 100 - 200 la hehe.. tak mahal sangat pun kan? hehe..

Condenser Microfon Keluaran Audio Technica


4. bila microfon da ada, audio interface da ada, laptop atau komputer pun da ada, maka korang da boleh la start merakam. tapi jangan lupa, sebelum merakam korang mestilah sambungkan semua2 wayar yang ada tu dulu supaya semua berjalan dengan lancar. nak sambung2 kan tu rase nya tak la susah sangat. tak de la sampai macam nak buat wiring kat rumah korang hahaha.. kalau korang tak faham macam mana nak pasang korang tanya je kat tokey kedai tu. kalau tokei kedai tu pun tak tau, korang suruh dia tutup je kedai, buka kedai bunga ke, kedai jual tayar ke hahaha..


5. ok yang seterusnya korang mestilah ada software untuk editing lagu2 yang korang da rakam tu. kalau takde nanti tak sedap la lagu korang. tak gempak cam lagu yuna nanti haha. ok macam mrx, mrx selalu guna software acoustica mixcraft 5. selain dari mixcraft ade lagi software lain contohnya pro tools 9. sofware ni pun bagus juga untuk editing lagu2 korang. macam mana nak dapat sofware ni? korang boleh donlod free jew. kat torrent banyak.. donlod je la hahha.. tapi kebiasaannya bila korang beli audio interface tu, dorang akan bagi pakej dengan softwae editing sekali. so korang guna yang tu je la hehe..


bila semua ni da ada, secara basicnya korang da boleh merakam lagu dengan kualiti yang baik la. da tak ada da bunyik ayam berkokok, bunyik adik korang menagis mintak susu, atau pun suara ayah mak korang pekik suh pergi sabit rumput kat laman rumah lagi da hehe.. korang da boleh rakam dengan kualiti yang baik. kalau nak dibandingkan dengan lagu kat radio tu tak boleh la, tapi sekurang2nya korang da boleh layan lagu korang sendiri hehe..

sebenarnya ada banyak lagi yang perlu korang tambah untuk jadikan studio korang lagi power, contohnya stand mic, pop filter (tak nak kasi suara korang ade noise), pre amplifier dan sebagainya. tapi biasanya orang yang berjaya akan bermula dari yang basic2 dulu kan? hehe.. mana la tau, dengan post mrx ni korang dapat capai cita2 korang nak jadi macam najwa latif ataupun ana rafalli yang da meletops2 sekarang ni kan? so kejayaan itu bermula dari langkah yang pertama hehe..

mrx pun dapat tunjuk ajar dari Yuna hehehe.. (bajet kawan dengan yuna).. yuna ada upload video dia buat tutorial ni kat youtube, tapi dalam bahasa inggeris. kalau korang faham bagus la, tapi kalau tak faham tu, boleh la baca entri mrx ni sebagai panduan asas.

ok la, selamat merakam lagu k? bila da rakam lagu jangan lupa bagi satu copy kat mrx hahaha.. nanti mrx boleh wat perview lagu2 korang pulak nanti. hehehe.. ok sampai berjumpa lagi di entri yang lain pula.. babaiiiiiiii love u ollllllsss hehehe..

 Ni Stand Mic Korang

Yang Ni Plak Namanya Pop Filter



MrX: lepas ni jangan terkejut kalau korang keluar rumah, wartawan da penuh kat laman nak interview kejayaan korang pulak ok? hahaha

Comments
11 Comments

11 comments:

Unknown said...

tq friend..u r th best!!

Unknown said...

Mixer dgn monitor speker pasang kat mana plak?

Unknown said...

Berapa kos semua tu

Unknown said...

Berapa kos semua tu

Unknown said...

Nak email, nak send lagu yg sy dah hasilkan dari ilmu yang mrx berikan

Cinta Dari ALLAH S.W.T said...

Brpe kos semua , audio interface wajib ke ada ?

Unknown said...

mana nak cari audio interfaces n mic?

Unknown said...

Kalau guna mixer?

Unknown said...

Ni saya dah hasilkan lagu bertajuk Farihah. Okay tak Mr X?

https://youtu.be/IQQXZnhj9EQ

Unknown said...

Lagu Farihah

https://youtu.be/IQQXZnhj9EQ

Unknown said...

Terima kasih. Perkongsian yg baik dan jujur .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top