Saturday, February 19, 2011

Best Sangat Ke Jadi Artis Ni?

assalammualaikum..

selamat kembali ke blog mrx. disebabkan mrx free hari ni, so dengan suka citanya mrx boleh meng'update blog mrx ni banyak2. yela sementara ada masa, bila da tak de masa kang baru la terkial2 nak cari time nak update blog kan. mrx berani confirm korang pun macam tu juga kan? huhuhuhu..

untuk entri mrx kali ni, agak kontroversi sikit tajuknya. tapi apa mrx peduli, ni blog mrx suka hati la nak tulis apa pun. bukan kacau periuk nasi orang pun kan? hehehe.. bukan apa, mrx tengok sekarang ramai sangat anak-anak muda ni berlumba2 nak jadi artis. kalau korang pergi tengok ujibakat af ke, raja lawak ke, memang ramai gila la. sanggup beratur dari awal pagi tu. apa korang ingat jadi artis ni senang ke? banyak yang menyusahkan dari menyenangkan.

mrx bukan apa, walaupun mrx tak pernah rasa jadi artis, tapi mrx tau yang jadi artis ni memang menyusahkan. bila korang da jadi artis ni kan, korang da jadi public figure. segala aktiviti korang orang akan perhatikan. nak ke macam tu? beli barang2 kat chow kit, kat petaling street pun orang boleh wat cerita. cakap artis tak da duit beli barang murah. perlu ke nak beli barang mahal2 bila da jadi artis? tak perlu kot. rilex2 sudeh.

lepas tu bila korang ada boyfriend/girlfriend semua orang nak tau. tak de privacy langsung. kalau boleh agaknye, korang nak berak pun diorang nak buat live telecast kan hahahaha.. memang menyusahkan. lagi satu, jadi artis ni lebih kurang cam jadi superhero la, ramai yang suka dan ramai juga la yang tak suka nanti. kita tegur peminat pun jadi salah, tak tegur dikatakan sombong, dah tu nak buat macam mana tu? tak paham betul la mrx ni.

wartawan jangan cakap la, selagi boleh dia nak korek rahsia pasal artis tu. sama ada cerita yang baik mahupun cerita yang jahat. sudah2 lah nak menceritakan aib orang, jangan sampai aib dorang pula yang terkeluar nanti. time tu baru la nak melentingkan. nasihat mrx, jadi lah seperti anda sekarang, hidup sebagai artis ni banyak yang duka dari suka. percaya la cakap mrx ni hehehe..

Mr X: artis pakai baju bundle pun orang boleh buat cerita, pelik betol manusia ni kan?

Comments
6 Comments

6 comments:

Aku Skema said...

waa..heliza muka cute je..haha

Nadia said...

kalau jadi artis ta boleh pakai bj yg sama banyak2 kali. rugi. tak best tak best. haha

Hafiz Hafizol said...

2la.. ramai bebenor org na jadik artis skunk yer... sampai kan aku pun dah nak jadi gila glamer plak.. huhu

Mr X said...

sabor jew la kan hahaha...

cik aja said...

untung jd artis ni, tp xde privacy utk dri sndiri..

MERAH said...

ramai nak jadi arti.bakat tarak pun.sibuk nak kejar kesenangan sementra, usaha tanak padahal nak jadi artis tu muda2 lagi.cari lah kerja yg blh mjamin masa depan di dunia & akhirat. hmm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top