Friday, January 28, 2011

Sila Bawa Bertenang Orang Tenang...

assalamualaikum...

waaaaa.. tinggal lagi berapa hari je lagi masyarakat tenang nak keluar mengundi. harap semua penduduk terutamanya di kawasan tenang supaya bertenang dan jangan r bikin kecoh di tenang nanti yer.. tak best la kalau bergaduh. bila pilihanraya je mula la nak collect dosa yang da berbakul2 dengan fitnah dan sumpah seranah tu. aku tak sebelah mana2 pihak pun. aku berkecuali, mana yang baik dan telus itu yang kita sokong kan. so untuk mendapatkan undi dari rakyat, kena lah bersifat telus dan jangan la nak tuduh2 die ni jahat ke, die tu jahat ke, kalau nak menang dengan berkat kena la telus, bukan hancus.. hehehehe..

setakat ni aku tengok nampak macam terkawal je, tapi tak tau la kan sebab aku bukan orang tenang hahahhaa.. harap2 siapa2 orang tenang yang baca post ni boleh la bagi feedback bagaimana keadaan kat tenang tu, sama ada tenang ke tegang? hehehehe.. persaingan sihat perlu ada supaya masing2 bersaing dan berusaha untuk memenangi hati rakyat. jangan cakap tak serupa bikin macam sesetengah pemimpin. aku berharap calon2 yang bertanding dapat menunaikan janji2 mereka kepada rakyat di tenang khususnya. ini bukan apa, ini membuktikan bahawa calon yang menang tu berpegang pada janji dan menunaikan janji2 mereka. jangan cakap kosong je ok? hehehehe

sebenarnya aku risau juga buat post berunsur politik ni, tapi tak pe kot sebab aku pun rakyat malaysia yang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat aku hehehe.. tak tau la pula kalau ada orang yang melenting nanti. bukan apa, bak kata pepatah, siapa yang makan cili dia terasa la kepedasannya kan? kalau kita tak buat kita tak terasa la kan hehehe.. rakyat tenang pun macam tu juga, pilihlah calon yang betol2 boleh membawa kebaikan kepada korang semua. pilih bukan berdasarkan fahaman politik semata2, ambil kira juga perjuangan calon tersebut dalam menjalankan tanggungjawab.

dikesempatan ini juga aku bersimpati dengan calon pas kerana berita bahawa suaminya sakit, diharap beliau cepat sembuh dan segera menyokong isterinya dalam berkempen nanti. begitu juga kepada rakyat tenang yang kini dilanda banjir, diharap anda semua bersabar dan keluar beramai semasa hari pembuangan undi nanti, undi anda penentu masa depan Tenang. hehehe.. kepada yang membaca entri ni, jangan pula saman aku ok hehehehe. aku da cuba jadi se neutral mungkin dalam entri ni ok? hehehe.. selamat berkempen juga kepada kedua2 calon yang bertanding..

Mr x: mesti best kat tenang, sebab mesti tenang kat sana..

Comments
0 Comments

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top