korang suke designing? suka tengok pic lawa2? mencari tutorial yang mudah difahami? hah ni la masa yang sesuai untuk korang rilex baca post mrx di pagi ahad ni.. sebab apa mrx cakap macam tu? sebab untuk post kali ni mrx nak preview la sikit tentang sebuah blog yang mrx rasa blog dia ni sangat membantu blogger2 yang baru belajar tentang cara membuat rekaan yang cantik hanya dengan menggunakan langkah yang simple cam picit pimple je..
ok korang mesti tertanya2 kenapa mrx memilih ezhan artwork dan bukan website tutorial lain yang lebih hebat lagi? korang nak tau kenapa? bak mai seringgit dulu, baru mrx cerita.. hahahaha ok2 gurau je, sebab mrx pilih ezhan artwork ni kerana tutorial yang dia sampaikan sangat mudah difahami. dengan menggunakan bahasa yang simple dan step2 yang lengkap korang memang boleh jadi pro designer hanya dengan menggunakan cara yang sangat mudah.
mrx promot ezhan artwork ni bukan sebab mrx ni kawan dia mahupun couple dia (oppss terlebih sudah) tapi mrx sangat kagum dengan tutorial2 yang dia post. mrx ni yang slow pon boleh buat design yang cantik, inikan korang, mesti lagi boleh kan. korang kan pandai bijak laksana macam ikan2 di laut hahaha.. (macam tak match je perumpamaan tu?)
ok, cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. korang pergi skodeng la senang cerita, mrx yakin korang mesti teruja tahap berdarah telinga la bila tengok hasil kerja die. korang bukan setakat boleh tengok jew, korang nak wat pun boleh. pendek kata memang hebat la mamat ni hehehe..
mrx pun da penat membebel, da macam salesman jual periuk da. tapi yang pasti, mrx nak korang semua tahu yang ramai sebenarnya rakyat malaysia yang berbakat. tak payah tengok orang luar, orang malaysia sendiri pun ramai yang hebat2. so kita guna kan ilmu yang telah diberi untuk jadi setanding dengan ezhan tu ok? hehehe..
SKODENG HASIL KERJA EZHAN KAT LINK NI: http://ezhan-artwork.blogspot.com/
Ok, rasenya da banyak info mrx bagi kat korang. hehehe.. masih sedang berusaha untuk melembutkan jari jemari yang kaku ini hehehe.. ok sampai berjumpa lagi di post mrx yang super duper mengarut ni ok? hahaha babaiiiiiii...
MrX: pernah bercita2 nak jadi pengacara TV, tapi macam segan je.. sangat teruja dengan rancangan ON AIR tu hehehe...
